Wednesday 12 December 2012

BAHAN-BAHAN KEJURUTERAAN





PENGELASAN BAHAN-BAHAN KEJURUTERAAN



1.            Bahan Logam

DEFINISI: Bahan yang berstruktur hablur dalam keadaan pepejal

CIRI-CIRI BAHAN LOGAM      
  1. Bahan legap yang merupakan pengalir haba dan arus elektrik yang baik. 
  2. Boleh menjadi pemantul cahaya jika permukaannya digilat
  3. Kebanyakkan logam bersifat mulur dan boleh tempa
  4. Biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada bahan lain

PENGELASAN BAGI BAHAN LOGAM


Terbahagi kepada TIGA jenis logam iaitu:
  1. Logam Ferus iaitu meliputi UNSUR BESI dan penggunaannya adalah dalam bentuk KELULI dan BESI TUANG
  2. Logam Bukan Ferus iaitu logam yang TIDAK mengandungi UNSUR BESI dan biasa digunakan sebagai UNSUR ALOI ialah KUPRUM, ALUMINIUM, MAGNESIUM dan ZINK
  3. Aloi merupakan suatu bahan yang terdiri daripada DUA ATAU LEBIH UNSUR KIMIA, sekurang-kurangnya satu daripada unsur tersebut ialah LOGAM

Secara kesimpulannya, pengelasan bagi bahan logam adalah seperti berikut: 



2.            Bahan Bukan Logam

DEFINISI: Bahan yang tidak mempunyai unsur logam

CONTOH:
  1. Bahan getah – Tayar & hos
  2. Bahan sramik – Kaca, batu simen & seramik kejuruteraan seperti oksida dan karbida



3.            Bahan Komposit

DEFINISI Terdiri daripada DUA atau LEBIH jenis bahan dan MEMPUNYAI DUA FASA BAHAN KOMPOSIT ialah MATRIKS dan PENGUAT 

4.            Bahan Plastik


DEFINISI: Bahan plastik atau polimer mempunyai molekul yang sangat besar, terbentuk terutamanya daripada atom karbon dan hidrogen. Ia dihasilkan melalui tindakbalas bersama bahan yang molekulnya kecil (monomer) untuk membentuk molekul yang sangat besar. 



Muat turun Nota:
UNIT 6.1:  Bahan-bahan kejuruteraan








No comments:

Post a Comment