Monday 31 December 2012

KUIZ&LATIHAN


LATIHAN

Jawab semua soalan:

1. Berikan dua contoh untuk setiap bahan logam ferus, bukan ferus dan aloinya. Nyatakan perbezaan antara setiap bahan tersebut. 

2. Berikan satu contoh alatan atau komponen yang diperbuat daripada aloi loyang dan gangsa. Nyatakan penggunaan setiap alatan tersebut.

3. Senaraikan kelebihan bahan komposit matriks polimer bertetulang gentian kaca berbanding dengan logam aluminium sebagai bahan untuk membuat tangki air. 

4. Nyatakan perbezaan antara bahan plastik termoplastik dengan bahan plastik termoset. Gunakan bahan polistirena dan poliester sebagai perbandingan.

5. Takrifkan sifat fizikal keberaliran haba dan keberaliran elektrik sesuatu logam. Bandingkan sifat keberaliran haba logam kuprum dengan besi.

6. Nyatakan tiga sifat mekanik logam keluli yang menyebabkannya sesuai digunakan sebagai bahan komponen kejuruteraan seperti gear dan aci.

7. Terangkan proses pengeluaran keluli berkarbon dari bijih besi. Nyatakan pelbagai bentuk akhir bekalan keluli ini.

8. Nyatakan tujuan proses rawatan haba penormalan ke atas keluli berkarbon 0.2 peratus. Terangkan perubahan struktur mikro bahan ini semasa proses penormalan tersebut.      

No comments:

Post a Comment