Monday 31 December 2012

RAWATAN HABA


Tujuan Rawatan Haba Bagi Keluli

  • Menghasilkan campuran struktur mikro yang akan memberikan kombinasi sifat mekanik keluli yang baik.
  • Boleh menghilangkan kesan kerja sejuk seperti tegasan baki dan herotan
  • Menghasilkan serakan struktur mikro yang seragam
  • Meningkatkan kebolehmesinan
Gambarajah Fasa Keseimbangan Besi-Karbon


Lakaran sistem besi-karbon yang menggambarkan fasa yang seharusnya wujud pada keadaaan keseimbangan untuk sebarang gabungan komposisi dan suhu

 


Fasa
Penerangan
Austerit
o   Larutan pepejal karbon dalam besi
o   Kebolehlarutan maksimum karbon ialah 2 peratus pada suhu 1129’C (titik A)
Ferit
o   Larutan pepejal karbon dalam besi
o   Kebolehlarutan maksimum karbon ialah 0.025 peratus pada suhu 723’C (titik B)
Sementit
o   Besi karbida (Fe3C)
o   Mengandungi 6.67 peratus karbon
Pearlit
o   Terdiri daripada lapisan ferit dan semantit.


Proses dan Tujuan Rawatan Haba


                                Proses penyepuhlindapan ke atas keluli berkarbon 0.2%.

Peringkat Penyejukan
Fasa
Penerangan
a) Suhu Bilik
Ferit + pearlit
o   Struktur mikro kasar ferit dan pearlit pada suhu rendah.
o   Struktur mikro tidak berubah sehingga suhu melepasi garisan A1
b) Suhu di atas garisan A1
Austenit +  ferit
o   Fasa pearlit bertukar kepada bijian halus austenit.
o   Fasa ferit tidak berubah.
c) Suhu di atas garisan A3
Austenit
o   Pemanasan dari aras suhu A1-A3 bijian kasar ferit bertukar menjadi bijian halus austenit.
o   Di atas garisan A3, struktur mikro terdiri daripada bijian halus austenit.
d) Suhu rendah selepas
    penyejukan dalam relau
Ferit + pearlit
o   Bijian kecil ferit dan lapisan pearlit terhasil.
                                     Perubahan struktur mikro keluli semasa proses penyepuhlindapan.

Media Penyejukan

  1.  Media penyejukan menyediakan kadar penyejukan yang berbeza untuk keluli terawat haba
  2. Kadar penyejukan juga dipengaruhi oleh suhu media penyejukan 
  3. Empat jenis media penyejukan ialah:


Muat turun Nota 6.4 : Rawatan Haba

No comments:

Post a Comment